Latihan Tatabahasa dan Istilah
Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut. 1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. “ Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. 2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dibuat olehnya. 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan , tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang lagi pemuda. 4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalap...