Posts

Showing posts from September, 2018

Latihan Bina Ayat Gramatis

GRAMATIS-1 KOSA KATA 1. anani -  Amirul sentiasa mengamalkan sifat anani dalam kehidupan seharian 2. bintat - Lengan adik bintat setelah balik daripada kem tersebut. 3.  cengil - Bapa Amira sangat cengil apabila berkata-kata. 4. dampit - Adik sangat dampit dalam mendengar cakap ibu dan abah. 5.  ekstradisi -  Tidak semua negara di dunia ini yang membuat perjanjian ekstradisi dengan Malaysia. 6.  gasar - Kanak-kanak zaman sekarang semakin gasar perlakuannya. BAHASA KLASIK 1.  astaka -  Semua pelajar hendaklah berkumpul di astaka tepat pada pukul 8 pagi. 2. barang kelakuan - Barang kelakuan diperhatikan oleh kakaknya yang dipaksa menjaganya. 3. canggung - Cara percakapan Afif kedengaran canggung sewaktu berucap.  4. demi -  Demi makan dia lantas ketiduran. 5. gerangan - "Apakah gerangan tuan hamba datang ke mari?" soal permaisuri. 6. hidup-hidupan -  Segala hidup-hidupannya habis dim...

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.  (i) pulang Adik bersedih kerana tiada siapa menjemputnya pulang dari sekolah. (ii) pulangan Sudah hampir tiga bulan berlalu, tetapi kami masih tidak mendapat apa-apa pulangan hasil pelaburan yang telah kami lakukan. (iii) memulangkan "Matlamat kami adalah untuk memulangkan semua harta pusaka milik anak-anak Pak Rosdi." kata Fauzan. (iv) mansuh Tradisi Melayu telah mansuh ditelan zaman. (v) pemansuhan Kerajaan akan membayar pampasan bagi pemansuhan kutipan empat tol di Semenanjung Malaysia. (vi) memansuhkan Tiada siapa boleh memansuhkan akta tersebut selagi saya masih berkuasa.  (b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.  Kumar : Daniel, kau nak ke mana? Daniel :...