LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. 

(i) pulang

Adik bersedih kerana tiada siapa menjemputnya pulang dari sekolah.

(ii) pulangan

Sudah hampir tiga bulan berlalu, tetapi kami masih tidak mendapat apa-apa pulangan hasil pelaburan yang telah kami lakukan.

(iii) memulangkan

"Matlamat kami adalah untuk memulangkan semua harta pusaka milik anak-anak Pak Rosdi." kata Fauzan.

(iv) mansuh

Tradisi Melayu telah mansuh ditelan zaman.

(v) pemansuhan

Kerajaan akan membayar pampasan bagi pemansuhan kutipan empat tol di Semenanjung Malaysia.

(vi) memansuhkan

Tiada siapa boleh memansuhkan akta tersebut selagi saya masih berkuasa. 

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. 


Kumar : Daniel, kau nak ke mana?

Daniel : Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap. 
Kumar : Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab. 
Daniel : Mana ada? Biasa aje. 
Kumar : Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku. 
Daniel : Tak adalah. Aku cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje. 

Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujunya. Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi. Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja baginya. Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia tersebut. Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 


(i) Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 

- meletakkan
- pelanggan

(ii) Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu. 

- perakaunan
- tersohor

(iii) Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak.

- mendalami
- berteknologi

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 


(i) Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak terpengaruh dalam masalah sosial. 

- menyeluruh
- diawasi oleh ibu bapa

(ii) Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja untuk merempuh kehidupan di masa akan datang. 

- menempuh
- pada

(iii) Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada orang ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.

- pendermaan
- untuk

(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. 


Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai …………….(i)……………… Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana …………..(ii)…………………. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana …………….(iii)……………….


(i)   aur dengan tebing

(ii)  kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(iii) bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. 


(i) cakar

Kaki Aiman sudah banyak bergaris dengan cakar kucing kesayangannya itu.

(ii) mencakar 

Kucing itu baru sahaja mencakar tangan tuannya sendiri.

(iii) bercakaran 

Terdapat dua ekor kucing yang sedang bercakaran di halaman belakang rumah Ramu.

(iv) bunyi 

Bunyi yang lahir dari luar pintu Amir itu sungguh menjengkelkan.

(v) berbunyi 

Suara Amira berbunyi pelik akibat daripada sakit tekak.

(vi) sebunyi 

Kedua-dua perkataan tersebut hampir sebunyi tetapi mempunyai maksud yang berbeza.

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. 


Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?” “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti.


Siti bertanya kepada Faiz mengapakah dia tidak menghadiri latihan zapin semalam. Faiz mengatakan bahawa kakinya sakit kerana terjatuh tangga semalam kepada Siti. Siti terus bertanya bagaimanakah Faiz boleh jatuh tangga. Faiz menjawab bahawa dia tidak perasan akan satu lagi anak tangga sewaktu menuruni tangga rumah datuknya. Siti pun menasihati Faiz supaya pergi berurut untuk membetulkan urat sarafnya. Faiz bersutuju dan menyatakan bahawa dia akan pergi berurut pada petang nanti di kampung sebelah.


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 


(i) Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu. 

- kreatif 
- ditakrifkan

(ii) Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel

- membentuk
- interpersonal

(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor.

- menghasilkan
- goreng

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda juga tidak perlu menyalin ayat itu semula. 


Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih. Selain itu, bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi tarikh habis ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran. 


- amat penting sekali

- keracunan
- peralatan
- berkualiti
- tidak
- luput

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan tersebut. 


Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal pada hari kemudian. 


- orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya

- sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga 
- sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Comments

Popular posts from this blog

120 Soalan Latihan Pola Ayat

Peribahasa

Jawapan Soalan Peribahasa Tingkatan 5