Jawapan Soalan Peribahasa Tingkatan 5
LATIHAN 1
(i) Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas.
Bagai bulan dipagari bintang.
(ii) Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja.
Seperti ayam patuk anaknya.
(iii) Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak
peluang pekerjaan.
Ada gula, adalah semut.
LATIHAN 2
(i) Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai.
Ada rotan, ada duri.
(ii) Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju.
Seperti lembu dicucuk hidung
(iii) Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya.
Bapa borek anak rintik.
LATIHAN 3
(i) Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya
walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu.
Air beriak tanda tak dalam.
(ii) Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga
menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar.
Kacang lupakan kulit.
(iii) Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin,
seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya.
Berpatah arang, berkerat rotan.
LATIHAN 4
(i) Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan
sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.
Sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu.
(ii) Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh semua rakyat.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
(iii) Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak.
Sekali air bah, sekali pasir berubah.
LATIHAN 5
(i) Johari susah untuk bergerak kerana terlampau kenyang selepas makan tengah hari, dia hanya berbaring di sofa serambi rumahnya.
Ular sawa kekenyangan.
(ii) Pemandu kereta Ferrari itu memang cekap, pergerakannya begitu pantas sehingga tidak dapat ditandingi oleh pelumba kereta yang lain.
Seperti lipas kudung.
(iii) Maria dan Zulaikha telah berbaik-baik semula selepas tidak bertegur sapa selama setahun tetapi mereka tidak akrab seperti dahulu.
Tiada patah yang tidak tempang.
LATIHAN 6
(i) Apabila sudah berjawatan besar dan tinggal di ibu kota dia tidak ingat akan kampung halaman dan sanak saudaranya lagi.
Kacang lupakan kulit.
(ii) Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan tetapi kerja itu dapat disiapkan oleh Haris.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
(iii) Keadaan hidup seseorang itu sukar dijangkakan kerana ada masa susah, ada masa senang.
Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup.
LATIHAN 7
(i) Langkah pencegahan sesuatu penyakit perlu dilakukan segera bagi mengelakkan penyakit tersebut terus menular. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengubati atau membasmi sesuatu penyakit sudah tentu memerlukan wang yang banyak. Justeru, langkah pembasmian amat perlu berbanding dengan mengubati.
Sediakan payung sebelum hujan.
(ii) Sejak pulang daripada perantauan, beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Pengalaman banyak mengajarnya tentang erti kehidupan. Beliau juga mampu menyelesaikan masalah dengan lebih rasional.
Jauh berjalan luas pandangan.
(iii) Kesepakatan rakyat di negara ini yang berbilang kaum menjadi penyebab utama negara berkembang dengan pesat dan bertambah kukuh. Pergaduhan dan persengketaan sudah pasti akan menyumbang kepada pelbagai kemusnahan.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
LATIHAN 8
(i) Kemajuan dalam bidang pendidikan membuka banyak peluang kepada golongan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran. Hanya melalui pendidikan sahaja para remaja dapat didik supaya mempunyai
akhlak yang terpuji. Mereka adalah harapan negara pada masa akan datang. Sebahagian daripada mereka akan menjadi pemimpin dan mentadbir dan memajukan lagi negara ini.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
(ii) Membaca adalah amalan yang mulia dan melalui bacaan seseorang itu dapat menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat membantu seseorang itu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa pada masa akan datang. Dengan ilmu yang dimiliki, sesuatu perkara dapat dilakukan dengan mudah .
Jauhari jua yang mengenal manikam.
(iii) Maisarah berasa tertipu dengan barangan yang baru dibelinya. Dia masih teringat kata-kata jurujual yang datang mempromosikan barangan tersebut di rumahnya. Setelah seminggu memakai produk tersebut, ternyata kesannya tidak sehebat seperti yang diceritakan oleh jurujual tersebut.
Indah khabar dari rupa.
LATIHAN 9
(i) Meskipun beliau berasal daripada keluarga bangsawan dan mempunyai harta yang banyak, namun beliau masih bersikap merendah diri dan bergaul dengan masyarakat golongan bawahan tanpa sebarang rasa sombong dan bongkak.
Seperti resmi padi, kian berisi kian runduk.
(ii) Sebagai pekerja di syarikat swasta itu, dia menyedari bahawa kedudukannya tidak akan tetap dan akan dibuang pada bila-bila masa sahaja apabila bermasalah atau tidak lagi diperlukan di syarikat tersebut.
Telur di hujung tanduk.
(iii) Shafiza mengisi masa lapang dengan bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah syarikat sambil memohon jawatan yang lebih sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya.
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.
LATIHAN 10
(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan sepadan kerana kedua-duanya kelihatan cantik dan kacak.
Bagai pinang dibelah dua.
(ii) Oleh sebab Azura anak tunggal, ibu bapanya memeliharanya dengan penuh kasih sayang.
Bagai menatang minyak yang penuh.
(iii) Ramlah merupakan anak yang paling disayangi oleh Encik Radzi kerana sangat pandai dalam pelajaran dan menghormati orang tua.
Anak emas.
LATIHAN 11
(i) Yap Sing tidak pernah berputus asa dalam meneruskan perniagaan membaiki basikal. Meskipun modalnya sedikit dan kedainya tidak terlalu besar, namun berkat usahanya yang bekerja siang dan malam, akhirnya dia berjaya memajukan perniagaannya dan membuka beberapa buah cawangan .
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
(ii) Pak Ismadi merupakan penoreh getah yang rajin bekerja. Walaupun hasil yang diperolehnya tidak
seberapa, namun dia tetap berjimat cermat dan menyimpan wang sedikit demi sedikit setiap hari. Beberapa tahun kemudian, simpanannya telah membuahkan hasil apabila dia berjaya menampung perbelanjaan anak lelakinya yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan .
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
(iii) Ramai orang akan membuka perniagaan menjual minuman dan makanan apabila tibanya bulan Ramadan. Perniagaan wujud dengan banyaknya secara tiba-tiba .
Di mana ada gula, di situ ada semut.
LATIHAN 12
(i) Ramalingam sudah memperoleh keuntungan yang lumayan hasil daripada keuntungan pelaburan sahamnya. Namun, kerana inginkan pendapatan yang lebih dan keuntungan yang berganda, Ramalingam telah membuat pelaburan yang banyak dan berisiko tinggi tanpa menyedari nilai pasaran saham dunia telah jatuh menjunam. Akibatnya, Ramalingam telah mengalami kerugian yang banyak dan hampir diisytiharkan muflis.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
(ii) Sejak kecil, Sulaiman sudah bercita-cita untuk menjadi pemandu kapal terbang. Dia belajar bersungguhsungguh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di sebuah universiti terkemuka luar negara. Kini, dia ditawarkan menjadi pemandu kapal terbang di sebuah syarikat penerbangan dan beberapa hari lagi, dia bakal memandu sebuah pesawat udara.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
(iii) Tatkala lalu di depan ayah tirinya yang garang itu, Maniam tunduk membisu dan melangkah dengan sopan sekali .
Pijak semut tak mati.
LATIHAN 13
(i) Bagi Fatimah, selagi dia belum dapat menyelesaikan masalah matematik itu, dia tidak akan keluar
bermain, sebaliknya dia terus mencubanya hingga berjaya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
(ii) “Usah kamu kecewa kerana tewas dalam perlawanan hoki hari ini, Farah. Semalam pasukan sekolah kamu yang menang, mungkin hari ini pasukan sekolah lain pula yang bernasib baik” nasihat ayahnya.
Adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi.
(iii) Sikap saling membantu dan kerjasama antara Malaysia dengan Indonesia semakin jelas terutama ketika negara jiran itu dilanda bencana.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
LATIHAN 14
(i) Baju yang dibeli oleh Mardiah sejak lima tahun lalu masih elok dan boleh dipakai kerana harganya mahal serta dibuat daripada bahan yang berkualiti.
Alah membeli menang memakai.
(ii) Pergaulan bebas telah menyebabkan gadis itu mengandung dan seluruh keluarganya terpaksa menanggung malu.
Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.
(iii) Disebabkan sikap Azrin yang suka melanggar peraturan sekolah, semua rakan sekelasnya telah didenda.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
LATIHAN 15
(i) Walaupun banyak kemajuan yang cuba dibawa masuk oleh pelbagai pihak, penduduk di kawasan
pedalaman itu tetap berkeras tidak mahu menerima perubahan.
Keras kepala.
(ii) Konstabel Othman dan rakan-rakannya tetap tidak akan menyerah kalah dan akan terus menentang serangan pengganas komunis itu walaupun nyawa mereka akan terkorban.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
(iii) Dalam pertikaian yang berlarutan itu, ternyata tiada pihak yang beroleh keuntungan.
Bagai mencincang air.
LATIHAN 16
(i) Walaupun telah berjaya sebagai penyanyi di Eropah, akhirnya Anita Sarawak kembali menetap di tanah airnya.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri.
(ii) Peniaga itu mengambil kesempatan dengan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir itu.
Menangguk di air keruh
(iii) Hancur luluh hati Mak Munah apabila anaknya tidak mempedulikan dirinya lagi.
Bagai kaca terhempas ke batu.
LATIHAN 17
(i) Kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki kerana rezeki tidak akan datang sendiri.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
(ii) Cerita tentang kejahatan anak Tok Penghulu bukan rekaan penduduk kampung semata-mata kerana cerita itu tersebar daripada sumber yang boleh dipercayai.
(iii) Usaha kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan gaji daripada majikan hanya sia-sia kerana bukan sahaja tuntutan mereka tidak dilayan, malah mereka diancam akan dibuang kerja jika meneruskan mogok.
Laksana layang-layang melawan angin.

Comments
Post a Comment