120 Soalan Latihan Pola Ayat
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami. = (FN + FN)
2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin. = (FN + FA)
3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. = (FN + FK)
4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. = (FN + FK)
5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu. (FN + FS)
6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas. = (FN + FA)
7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh. = ( FN + FS)
8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya. = (FN + FK)
9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah. = (FN + FN)
10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya. = (FN + FA)
11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda. = (FN + FS)
12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu. = (FN + FS)
13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia. = (FN + FS)
14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih. = (FN + FA)
15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria. = ( FN + FN)
16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini. = (FN + FA)
17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina. = (FN + FN)
18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. = (FN + FK)
19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin. = (FN + FA)
20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba. (FN + FS)
21. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh. = (FN + FA)
22. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur. = (FN + FK)
23. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati. = (FN + FS)
24. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid. = (FN + FN)
25. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar. = (FN + FA)
26. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal. = (FN + FK)
27. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh. = (FN + FN)
28. Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya. = (FN + FS)
29. Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu. = (FN + FS)
30. Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang David. = (FN + FN)
31. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya. = (FN + FS)
32. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua. (FN + FA)
33. Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul. = (FN + FA)
34. Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima. = (FN + FS)
35. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik. = (FN + FA)
36. Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka. = (FN + FA)
37. Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir. = (FN + FS)
38. Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari. = (FN + FK)
39. Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali. = (FN + FA)
40. Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa. = (FN + FN)
41. Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur. = (FN + FS)
42. Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu. = (FN + FK)
43. Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun. = (FN + FK)
44. Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati. = (FN + FN)
45. Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya. = (FN + FS)
46. Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki. = (FN + FK)
47. Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas. = (FN + FA)
48. Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman. = (FN + FN)
49. Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang. = (FN + FK)
50. Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak. = (FN + FK)
51. Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari seberang. = (FN + FN)
52. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih. = (FN + FK)
53. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar. = (FN + FS)
54. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya. = (FN + FN)
55. Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah. = (FN + FA)
56. Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau. = (FN + FK)
57. Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini. = (FN + FS)
58. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya. = (FN + FS)
59. Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman. = (FN + FA)
60. Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein. = (FN + FN)
61. Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak. = (FN + FN)
62. Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri. = (FN + FA)
63. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah. = (FN + FS)
64. Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang. = (FN + FK)
65. Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang. = (FN + FS)
66. Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya. = (FN + FK)
67. Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angkat Dr. Haji Maulud. = (FN + FN)
68. Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut. = (FN + FK)
69. Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam. = (FN +FA)
70. Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu. = (FN + FK)
71. Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan. = (FN + FN)
72. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan. = (FN + FS)
73. Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia. = (FN + FK)
74. Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini. = (FN + FS)
75. Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara. (FN + FK)
76. Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan. = (FN + FK)
77. Wad bersalin di tingkat bawah Blok B. = (FN + FS)
78. Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya. = (FN + FK)
79. Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara. = (FN + FN)
80. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy. = (FN + FA)
81. Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat. = (FN + FA)
82. Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal. = (FN + FN)
83. Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala. = (FN + FK)
84. Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan. = (FN + FS)
85. Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami. = (FN + FK)
86. Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka. = (FN + FK)
87. Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami. = (FN + FK)
88. Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital. = (FN + FS)
89. Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas. = (FN + FS)
90. Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional. = (FN + FN)
91. Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh. = (FN + FA)
92. Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi. = (FN + FA)
93. Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam. = (FN + FN)
94. Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu. = (FN + FA)
95. Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut. = (FN + FK)
96. Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa. = (FN + FS)
97. Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih. = (FN + FA)
98. Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya. = (FN + FS)
99. Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat. = (FN + FS)
100. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina. = (FN + FN)
101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu. = (FN + FN)
102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan. = (FN + FK)
103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja. = (FN + FA)
104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka. = (FN + FN)
105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami. = (FN + FN)
106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. = (FN + FK)
107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh. = (FN + FA)
108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini. = (FN + FS)
109. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah. = (FN + FS)
110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja. = (FN + FS)
111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam. = (FN + FA)
112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri. = (FN + FN)
113. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa. = (FN + FK)
114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan. = (FN + FS)
115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti. = (FN + FN)
116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian. = (FN + FS)
117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan. = (FN + FN)
118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah. = (FN + FA)
119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana. = (FN + FS)
120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen. = (FN + FS)
114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan. = (FN + FS)
115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti. = (FN + FN)
116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian. = (FN + FS)
117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan. = (FN + FN)
118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah. = (FN + FA)
119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana. = (FN + FS)
120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen. = (FN + FS)
Comments
Post a Comment