Latihan Peribahasa
A. Membina ayat daripada peribahasa 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal. i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang) ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan) iii. anak emas (anak kesayangan) iv. air muka (diri, peribadi) C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak merag...