Soalan Rumusan
Soalan 1: Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakitpesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Badan khas ini juga dapat membiayai rawatan segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada pesakit kronik yang memerlukan bantuan. Kita percaya bahawa dengan cara ini, bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Pesakit kronik pula tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dengan cara ini, gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif. Semua penghidap pesakit kronik akan memperoleh manfaat dan bukan hanya pesakit kronik yang mempunyai kedudukan yang tertentu sahaja. Namun begitu, orang ramai yang ingin menyumbangkan derma secara langsung kepada individu tertentu masih boleh berbuat demikian. Sumbangan mereka ini harus digalakkan. Langkah mereka akan mengurangkan beban badan yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada golongan yang tidak berupaya untuk mendapat bantuan daripada pihak lain.
Dalam pada itu, kita sedar bahawa telah wujud banyak badan kebajikan dan badan amal, baik yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan orang ramai. Kita harus bersyukur kerana badan-badan ini telah banyak memberi sumbangan kepada kebajikan rakyat di negara ini. Namun begitu, jika ada dasar penyelarasan yang lebih berkesan , kita percaya lebih banyak anggota masyarakat yang memerlukan bantuan akan mendapat manfaat. Sememangnya kerajaan dan badan-badan amal tidak dapat membantu semua orang yang memerlukan bantuan tersebut. Kita berharap agar penyelesaian yang berkesan akan mampu memberikan manfaat kepada golongan yang berkenaan seluas-luasnya.
Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi jenis, kos dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa wang yang disumbangkan itu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesungguhnya, kewujudan masyarakat penyayang yang mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah satu ciri penting sesebuah negara penyayang.
(Diubahsuaikan daripada rencana pengarang
Utusan Malaysia: Badan Bantu Pesakit Kronik,30 Julai 2002)
Petikan membincangkan (sinonim kata kunci) + frasa berikutnya (fokus 1) + elemen kedua.
Kata tugas fokus 1 + S1.................................................................................................. S2 ..............................................S3........................................................................................ S4............................................................................S5...................................................................... ................. S6..............................................................................................
Antara + Fokus 2 + T1.....................................................................................................T2.............................................. ............................................................................................
Kesimpulannya, pihak sasaran + mestilah/haruslah + menyokong/ membanteras/ menangani + isu dalam Fokus 1 + supaya/agar + kesan / akibat.
CONTOH JAWAPAN LENGKAP RUMUSAN:
Petikan ini membincangkan usaha-usaha menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam di negara ini.
Cara-cara menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi diperlukan untuk menarik perhatian penumpang. Kerajaan perlu menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres. Kemudahan seperti alat pendingin udara perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kerajaan pula perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan terhadap pemandu pengangkutan awam. Pihak berwajib perlu memastikan keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan pengguna terjamin.
Antara kepentingan pengangkutan awam kepada negara ialah dapat mengurangkan kesesakan di jalan raya. Sektor ini juga dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu meningkatkan kemudahan pengangkutan awam agar dapat digunakan oleh rakyat.
(120 patah perkataan)
JAWAPAN:
Petikan ini membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik di negara ini.
Antara kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik ialah dapat membiayai rawatan segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan. Bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Pesakit kronik tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif. Semua penghidap pesakit kronik juga akan memperoleh manfaat dan bukan hanya yang mempunyai kedudukan yang tertentu sahaja.
Antara sebab-sebab penubuhan badan ini ialah untuk mengurangkan kadar pesakit kronik di negara ini dan untuk membantu pesakit-pesakit kronik yang kurang berkemampuan.
Kesimpulannya, pihak kerajaan perlulah memperbanyak usaha dalam membantu meringankan derita pesakit-pesakit kronik di negara ini.
Comments
Post a Comment