Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. “ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. Salleh bertanya tentang rancangan Ani tetapi Ani meminta penerangan daripada Salleh tentang rancangan tersebut. Salleh kemudiannya menerangkan rancangan yang dimaksudkannya iaitu rancangan mendaki gunung yang pernah diberitahu oleh Ani dahulu. Ani menjelaskan bahawa rancangan tersebut akan dibincangkan pada hari Sabtu hadapan. Salleh memuji dan menyatakan bahawa dia menyokong rancangan itu membuatkan Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata Salleh iaitu sahabat karibnya. Latihan 2: “Ani tak ada sapa-sapa. Ani sora...