Posts

Latihan Komsas

SPM-2018 Soalan 2(b) i) Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah matematik tingkatan lima dan telah mencipta formula sendiri. ii) Pada pendapat saya, pendekatan lain yang boleh diambil adalah dengan menasihati anak-anak dalam membentuk sahsiah diri serta memperbanyakkan didikan agama terhadap anak-anak sejak di usia muda lagi. iii) Antara persoalan yang terdapat dalam petikan di atas adalah persoalan kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Contohnya, Aiman yang masih berada di sekolah rendah sudah mampu menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5. Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen di atas pula adalah persoalan impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Contohnya, impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah imaginasinya sahaja. Soalan 2(c) i) Laksamana berasa terkejut. ii) Laksamana bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan harta tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laks...

Latihan Soalan Percubaan SPM 2018 MRSM

a) i) swafoto Terdapat banyak gambar swafoto yang telah dirakam oleh Aminah sempena sambutan hari kemerdekaan di sekolahnya itu. ii) tetikus Ayah membeli tetikus untuk disambungkan bersama-sama komputer riba kepunyaan adik. iii) Perkara yang terjadi di belakang dewan semalam sudah tular diperkatakan satu sekolah. b) Ayuni menasihati Sarah untuk tidak makanan yang banyak lemak kerana bimbang Sarah akan mendapat sakit. Muazzam berjanji untuk tidak berbuat jahat lagi dan akan mematuhi semua peraturan sekolah ini. Alia menjerit-jerit apabila melihat lipas sambil memberitahu bahawa terdapat lipas di atas meja. c) i) - reka bentuk - berada ii) - meminimumkan - bertambah iii) - monograf - kajian d) i) - terjerumus pada ii) - dalam - kecerdasan iii) - semua khemah - dikerit e) i) bagai pinang dibelah dua ii) mencurah air ke daun keladi iii) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Kertas Percubaan SPM Pulau Pinang 2018 (Kertas 2)

Kertas Percubaan SPM Pulau Pinang 2018 (Kertas 2) Soalan 1       Petikan membincangkan kebaikan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia.      Antara kebaikannya ialah tarian dapat membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Selain itu, remaja yang melibatkan diri dalam bidang seni tadi dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang semula jadi. Di samping itu, keyakinan dan keberanian seseorang individu dapat dibina.  Seterusnya, tarian mampu melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif. Pertandingan tarian juga dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum. Tambahan pula, tarian dapat melahirkan individu yang berdisiplin tinggi.      Salah satu daripada cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah ialah pihak sekolah mengadakan pertandingan tarian di sekolah. Ibu bapa juga haruslah menggalakkan anak-anak untuk menari.      Kesimpulannya, semua pihak har...

Rangka Karangan Peperiksaan Percubaan SPM SBP

Pendahuluan  - akhlak masyarakat kini semakin merudum - lebih-lebih lagi golongan remaja dan belia - tingkahlaku yang semakin tidak bermoral - tingkah laku remaja ini mencerminkan masyarakat masa ini - tetapi tingkah laku seseorang mesti akan dipengaruhi faktor tertentu - antara faktor yang terbit adalah - Isi 1 (Pendidikan Awal/ Agama) - agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar - agama memandu insan pada batasan kebenaran - individu yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh akan memperlihatkan peribadi murni yang selaras dengan ajaran agama - ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka telah menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing - tetapi tidak kurang juga terdapat individu yang mendapat didikan keagamaan dengan awal yang berjaya dan terkawal tingkah lakunya - Isi 2 (Keluarga) - alam kehidupan individu bermula dari sebuah keluarga - keluargalah yang bersama-sama menemani seseorang individu dalam mencari ert...

Latihan Bina Ayat Kosa Kata boleh Digunakan dalam Penulisan Karangan

APLIKASI KOSA KATA LUAS DALAM PENULISAN 1.  Polemik -  Akhir-akhir ini, isu pembuangan bayi kerap menjadi polemik dalam kalangan remaja kini. 2. Marhaen -  Golongan marhaen ramai yang diabaikan akibat daripada mengejar arus pembangunan yang semakin maju. 3. Kulawarga - Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak yang holistik.  4. Dasawarsa - Dasawarsa ini, hubungan sesama jiran semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat bandar.  5. Ikhtisar - Peserta-peserta kursus digalakkan untuk memberikan ikhtisar sewaktu sewaktu mesyuarat berlangsung. 6. Amsal/Tamsil - Tamsilnya, sikap menegur bukanlah sesuatu yang lazim dalam kalangan masyarakat kini. 7. Wasilah - Banyak wasilah yang terbentuk hasil daripada program pertukaran pelajar itu. 8. Nirmala - Sesuatu yang nirmala tidak patut dicemari kesuciannya. 9. Sakinah -  Ajaran agama yang cukup serta diamalkan dapat menjamin sifat sakinah dalam diri. 10. Sinergi -...

Latihan Bina Ayat Gramatis

GRAMATIS-1 KOSA KATA 1. anani -  Amirul sentiasa mengamalkan sifat anani dalam kehidupan seharian 2. bintat - Lengan adik bintat setelah balik daripada kem tersebut. 3.  cengil - Bapa Amira sangat cengil apabila berkata-kata. 4. dampit - Adik sangat dampit dalam mendengar cakap ibu dan abah. 5.  ekstradisi -  Tidak semua negara di dunia ini yang membuat perjanjian ekstradisi dengan Malaysia. 6.  gasar - Kanak-kanak zaman sekarang semakin gasar perlakuannya. BAHASA KLASIK 1.  astaka -  Semua pelajar hendaklah berkumpul di astaka tepat pada pukul 8 pagi. 2. barang kelakuan - Barang kelakuan diperhatikan oleh kakaknya yang dipaksa menjaganya. 3. canggung - Cara percakapan Afif kedengaran canggung sewaktu berucap.  4. demi -  Demi makan dia lantas ketiduran. 5. gerangan - "Apakah gerangan tuan hamba datang ke mari?" soal permaisuri. 6. hidup-hidupan -  Segala hidup-hidupannya habis dim...

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.  (i) pulang Adik bersedih kerana tiada siapa menjemputnya pulang dari sekolah. (ii) pulangan Sudah hampir tiga bulan berlalu, tetapi kami masih tidak mendapat apa-apa pulangan hasil pelaburan yang telah kami lakukan. (iii) memulangkan "Matlamat kami adalah untuk memulangkan semua harta pusaka milik anak-anak Pak Rosdi." kata Fauzan. (iv) mansuh Tradisi Melayu telah mansuh ditelan zaman. (v) pemansuhan Kerajaan akan membayar pampasan bagi pemansuhan kutipan empat tol di Semenanjung Malaysia. (vi) memansuhkan Tiada siapa boleh memansuhkan akta tersebut selagi saya masih berkuasa.  (b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.  Kumar : Daniel, kau nak ke mana? Daniel :...