Latihan Komsas

SPM-2018
Soalan 2(b)

i) Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah matematik tingkatan lima dan telah mencipta formula sendiri.

ii) Pada pendapat saya, pendekatan lain yang boleh diambil adalah dengan menasihati anak-anak dalam membentuk sahsiah diri serta memperbanyakkan didikan agama terhadap anak-anak sejak di usia muda lagi.

iii) Antara persoalan yang terdapat dalam petikan di atas adalah persoalan kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Contohnya, Aiman yang masih berada di sekolah rendah sudah mampu menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5. Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen di atas pula adalah persoalan impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Contohnya, impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah imaginasinya sahaja.

Soalan 2(c)

i) Laksamana berasa terkejut.

ii) Laksamana bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan harta tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta tersebut.

iii) Laksamana bertindak demikian kerana laksamana merupakan seorang yang bersifat pemurah. Laksamana juga merupakan seorang yang merendah diri dan merasakan bahawa harta tersebut perlulah diberikan kepada orang yang lebih memerlukan.

Soalan 2(d)

i) Perkara yang berlaku selepas istana itu siap dibina ialah tukang bina yang ditugaskan untuk membina istana itu meninggal dunia. Tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak tersebut. Selain itu, istana yang hebat itu telah diserahkan kepada raja dan permaisuri.

ii) Istana pada zaman dahulu dibina tersergam indah agar istana yang dibina itu menjadi lambang keunggulan seni bina di negeri itu. Selain itu, istana pada zaman dahulu juga dibina sebegitu rupa untuk menunjukkan kehebatan dan kemewahan tempat bersemayam Raja.

iii) Dua nilai murni yang terdapat dalam petikan diatas adalah nilai kesetiaan. Sebagai contoh, kesetiaan tukang bina istana ditunjuk melalui seni rekaan istana raja yang direka dengan begitu unik dan indah sehinggakan tiada tukang bina istana lain yang mampu meniru rekaan tersebut. Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab. Contohnya, apabila istana siap dibina, pembesar menunjukkan sifat bertanggungjawab dalam mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri.

Comments

Popular posts from this blog

120 Soalan Latihan Pola Ayat

Peribahasa

Jawapan Soalan Peribahasa Tingkatan 5