Kertas Percubaan SPM Pulau Pinang 2018 (Kertas 2)

Soalan 1
Petikan membincangkan kebaikan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia.
Antara kebaikannya ialah tarian dapat membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Selain itu, remaja yang melibatkan diri dalam bidang seni tadi dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang semula jadi. Di samping itu, keyakinan dan keberanian seseorang individu dapat dibina. Seterusnya, tarian mampu melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif. Pertandingan tarian juga dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum. Tambahan pula, tarian dapat melahirkan individu yang berdisiplin tinggi.
Salah satu daripada cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah ialah pihak sekolah mengadakan pertandingan tarian di sekolah. Ibu bapa juga haruslah menggalakkan anak-anak untuk menari.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memartabatkan bidang tarian agar warisan kesenian dilestarikan.
(120 perkataan)
Soalan 2(a)
i) Maksud kata kemampuan individu ialah kebolehan seseorang.
ii) Antara peranan ibu bapa untuk menggalakkan penyertaan anak-anak dalam bidang tarian ialah ibu bapa perlu membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati dan mempunyai hala tuju. Ibu bapa juga harus memberikan motivasi secara berterusan kerana mampu melahirkan anak-anak yang aktif dalam seni tari.
iii) Pada pendapat saya, salah satu daripada usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia ialah menawarkan kursus dalam bidang kesenian dan kebudayaan di universiti. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pertandingan kesenian dan kebudayaan.
Soalan 2(b)
i) Anak-anak muda di kota tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama. Mereka juga bergelak ketawa dalam loghat yang direka-reka.
ii) Pada pendapat saya, antara langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar ialah ialah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak sejak kecil lagi. Selain itu, ibu bapa haruslah haruslah mengawasi pergaulan anak-anak.
iii) Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah pencemaran bahasa. Contohnya, anak-anak muda lelaki dan perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Persoalan lain daripada keseluruhan cerpen pula ialah kepentingan ilmu agama. Contohnya, bonda hanya membenarkan Mel ke kota setelah benar-benar yakin dengan pegangan ilmu dan agama.
Soalan 2(c)
i) Maksud rangkai kata penjurit besar ialah pejuang hebat.
ii) Tindakan yang dilakukan oleh Kertala Seri sebaik sahaja ia sampai ke Melaka ialah ia singgah di luar kota pada segala kampung Jawa. Kertala Seri juga menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu.
iii) Sekiranya saya Kertala Seri, salah satu daripada cara-cara yang saya dapat lakukan untuk menewaskan Laksamana ialah saya menggunakan tipu hela. Selain itu, saya akan mengupah orang lain untuk membunuh Laksamana.
Soalan 2(d)
i) Berdasarkan sajak tersebut, antara cara penyajak menzahirkan keinsafan atas dosa-dosa yang lalu kepada Tuhannya ialah diam dan mengenang dosa lalu. Penyajak juga menangis sambil bersujud kepada Tuhan.
ii) Pada pandangan saya, antara kesan jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat sementara ialah manusia tersebut akan berusaha mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Selain itu, dia tidak akan melakukan perkara yang ditegah oleh agamanya.
iii) Salah satu daripada dua nilai murni yang terdapat sajak ini ialah keinsafan. Contohnya, penyajak mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa-dosa lalu. Nilai murni kedua ialah kesedaran. Contohnya, penyajak sedar bahawa dunia ini bersifat sementara dan berharap dirinya tidak melupakan hal tersebut.
Soalan 3(a)
i) lengan - lengang
Lengan Amir terluka akibat dicalar kucing tadi.
Jalan raya itu biasanya lengang pada waktu pagi.
ii) timang - timbang
Mak Lindah timang anaknya dengan penuh kasih sayang.
Saya dapati dua-dua buku itu sama berat setelah saya timbang tadi.
iii) trafik - tragik
Polis trafik tersebut menjalankan tugasnya dengan penuh amanah pada setiap hari.
Ali telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah kemalangan yang tragik pada bulan lepas.
Soalan 3(b)
i) Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasrul mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu.
ii) Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.
iii) Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.
Soalan 3(c)
i) Ejaan : cucok -cucuk
Imbuhan : habiskan - menghabiskan
ii) Ejaan : senaskah - senaskhah
Imbuhan : menghadiahi - menghadiahkan
iii) Ejaan : engkar - ingkar
Imbuhan : menggaul - bergaul
Soalan 3(d)
i) Istilah : keharmonian - keindahan
Tatabahasa : para-para - para
ii) Istilah : tua - usang
Tatabahasa : demi untuk - demi
iii) Istilah : diwartakan - diarahkan
Tatabahasa : di - pada
Soalan 3(e)
i) sudah terhantuk baru terngadah
ii) air dicencang tidak akan putus
iii) pelanduk dua serupa
Soalan 4(a)
Novel yang telah saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Watak utama dalam novel ini ialah Leftenan Adnan. Terdapat beberapa keistimewaan watak utama iaitu sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.
Antaranya ialah watak utama dalam novel ini merupakan seorang yang berani. Contohnya, Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera yang memiliki keberanian yang luar biasa.
Selain itu, watak utama novel Leftenan Adnan merupakan seorang yang cinta akan negara. Contohnya, Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan guru pelatih dan memohon untuk menjadi tentera.
Kesimpulannya, kita haruslah mencontohi keistimewaan-keistimewaan watak utama novel Leftenan Adnan yang menimbulkan rasa kagum dalam diri pembaca. Hal ini supaya kita dapat memperbaiki diri kita dan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat pada masa hadapan.
Soalan 4(b)
Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib dan novel Tirani karya Beb Sabariah.
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah Bukit Candu. Bukit Candu ialah di mana Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
Salah satu daripada latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani ialah Chalet Tajau Emas. Chalet Tajau Emas ialah di mana Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru secara tiba-tiba.
Kesimpulannya, latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah Bukit Candu manakala latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani ialah Chalet Tajau Emas.
creds: thorshen

Comments
Post a Comment