Latihan Bina Ayat Kosa Kata boleh Digunakan dalam Penulisan Karangan

APLIKASI KOSA KATA LUAS DALAM PENULISAN

1. Polemik - Akhir-akhir ini, isu pembuangan bayi kerap menjadi polemik dalam kalangan remaja kini.

2. Marhaen Golongan marhaen ramai yang diabaikan akibat daripada mengejar arus pembangunan yang semakin maju.

3. Kulawarga - Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak yang holistik. 

4. Dasawarsa - Dasawarsa ini, hubungan sesama jiran semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat bandar. 

5. Ikhtisar - Peserta-peserta kursus digalakkan untuk memberikan ikhtisar sewaktu sewaktu mesyuarat berlangsung.

6. Amsal/Tamsil - Tamsilnya, sikap menegur bukanlah sesuatu yang lazim dalam kalangan masyarakat kini.

7. Wasilah - Banyak wasilah yang terbentuk hasil daripada program pertukaran pelajar itu.

8. Nirmala - Sesuatu yang nirmala tidak patut dicemari kesuciannya.

9. Sakinah Ajaran agama yang cukup serta diamalkan dapat menjamin sifat sakinah dalam diri.

10. Sinergi - Sinergi antara kerajaan dan rakyat amat penting dalam menjalankan aktiviti pembangunan negara.

11. Uslub/ Minhaj/ Manhaj - Amalan mengulang kaji pelajaran dapat dijadikan uslub untuk sentiasa mengingati apa yang dipelajari.

12. Prakarsa - Terdapat banyak prakarsa bernas yang dicadangkan orang bawahan tetapi tiada pihak atasan yang mahu menjalankannya.

13. Aforisme - Segala pertolongan yang diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut bertepatan dengan aforisme mencurah air ke daun keladi.

14. Sirna - Sifat prihatin semakin sirna dalam kalangan rakyat Malaysia zaman sekarang.

15. Jagatraya - Malaysia terkenal di jagatraya dengan keindahan alam sekitar dan kepelbagaian ekosistemnya.

16. Seantero - Nama penyanyi tersebut telah tersebar luas ke seantero dunia disebabkan oleh teknik nyanyiannya yang unik sekali. 

17. Obligasi - Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

18. Mayapada/ Marcapada - Diharapkan dengan kursus seperti ini para remaja tidak akan terpedaya dengan marcapada yang penuh dengan pancaroba.

19. Mapan - Remaja yang memiliki sahsiah yang mapan, sukar digugat oleh pengaruh negatif daripada Barat.

20. Seyogia - Jikalau abang hendak melancong seyogianya saya dibawa bersama.

21. Sementelahan - Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. 

22. Mauduk - Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Jejaka Pilihan yang Patut Dijauhi.

23. Padau - Sebelum padau perbincangan kita menjadi lebih berbelit, elok sekiranya kita menghentikannya di sini saja.

24. Tegar - Ramai pelajar sekolah tersebut menjadi perokok tegar disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.

25. Kongkalingkung - Rakan-rakannya berkongkalingkung untuk memulaukan dia keseorangan di sekolah.

26. Menyisir - Saya suka akan penyampai radio itu kerana dia pandai menyisir ayatnya saat berkata-kata.

27. Mahmudah - Ustaz menasihati kita untuk mengamalkan sifat mahmudah dan bukannya mazmumah dalam kehidupan seharian.

28. Gemulah - Gemulah yang baru sahaja meninggal dunia itu dulu baik orangnya.

29. Ceritera - Banyak ceritera palsu yang dimanipulasi pengaruh barat untuk menyesatkan anak muda zaman sekarang. 

30. Inti pati - Inti pati ucapan Perdana Menteri sangat menyentuh hati rakyat Malaysia.

31. Berijtihad - Rakyat Malaysia mestilah bersedia dengan ilmu yang mencukupi agar mampu berijtihad apabila ditanyakan oleh orang luar.

32. Menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung yang berkicau.

33. Belasungkawa - Dia banyak menerima surat belasungkawa atas kematian bapanya itu.

34. Kendatipun - Kendatipun peraturan tersebut kedengaran mustahil kita terpaksa patuhi kerana kita masih pelajar sekolah. 

35. Signifikan - Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk memperbaiki sahsiah pelajar kolej itu.

36. Terampil - Sifat terampil perlu ada dalam diri seseorang yang ingin menjadi pemimpin.

37. Prognosis - Pelajar perlu memiliki prognosis yang tepat supaya tidak tersalah memilih rakan sebaya.

38. Proklamir - Kerajaan telah memproklamir Sabah sebagai Negeri di Bawah Bayu.

39. Tragedi - Hadi murung setelah tragedi tersebut terjadi kepada keluarganya.

40. Kulawarga - Kulawarga dewan sekalian, tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.

41. Jalur Lebar - Penduduk kampung tersebut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kemudahan jalur lebar untuk memudahkan mereka melakukan kerja.

42. Nihilisme - Ramaja kini semakin mengamalkan nihilisme yang membuatkan mereka semakin tidak menghormati ibu bapa.

43. Mobiliti - Program mobiliti tersebut telah membawa banyak manfaat kepada kesemua negara yang terlibat.

44. Hedonisme - Remaja yang mengamalkan amalan hedonisme perlu dipantau lebih oleh semua pihak.

45. Francais - Produk penjagaan muka milik orang ternama tersebut mempunyai banyak francais diserata Malaysia.

46. Saf - Ibu bapa perlu menyusun saf untuk bergerak seiring dalam mendidik anak-anak untuk meninggalkan dunia hiburan.

47. Paradigma - Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.

48. Kodifikasi - Pemantapan atau kodifikasi bahasa hanya dapat berlaku melalui penggunaan dan melalui kegiatan penulisan.

49. Enteng - Kes-kes berat dalam kalangan pelajar sekolah kian dipandang enteng oleh ibu bapa dan guru-guru.

50. Cakna - Sifat cakna perlulah dilahirkan dalam diri masyarakat Malaysia.

51. Tuntas - Tuntasnya, pemakanan sihat memainkan aspek penting dalam mencapai bentuk badan ideal. 

52. Izhar - Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.

53. Afdal - Lebih afdal sekiranya kamu menyimpan duit untuk digunakan pada masa hadapan.

54. Jerayawara - Tiada pelajar yang berminat akan topik jerayawara yang sedang diadakan di dewan serbaguna itu. 

55. Rekayasa - Cikgu Aqilah pandai melakukan rekayasa menggunakan pelbagai medium sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

56. Egosentrik - Perangainya yang egosentrik menyebabkan ramai murid tidak mahu berkawan dengan dia.

57. Adiwangsa - Generasi kini sedang berusaha keras dalam menjadikan generasi pada masa hadapan adiwangsa. 

58. Egalitarianisme - Konsep egalitarianisme kolej itu telah disalah pakai oleh murid-murid yang melanjutkan pengajian di situ. 

59. Atma - Kebanyakan pelajar kini mengalami gangguan atma akibat daripada stres dan tekanan yang melampau.

60. Bobrok - Terdapat sekelompok masyarakat di Malaysia yang sudah bobrok akhlaknya.

61. Pengitlakan - Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.

62. Efisien - Kita perlulah mencari langkah yang efisien untuk membangunkan kembali kelab yang tidak mendapat sambutan ini. 

63. Gelandangan - Terdapat ramai gelandangan yang bertempiaran lari apabila anggota polis melakukan serbuan.

64. Muasir - Muasir ini, remaja kian bertindak melulu tanpa memikirkan impaknya terlebih dahulu.

65. Simbiosis - Simbiosis yang betul antara kerajaan dengan rakyat mampu membuahkan banyak manfaat. 

66. Pidana - Anak-anak banyak melakukan pidana dek kerana ajakan rakan sebaya.

67. Ningrat - Dengan didikan yang baik kita mampu melahirkan golongan ningrat di Malaysia.

68. Jembel - Peratusan penduduk jembel di India kian meningkat saban hari.

69. Murba - Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong perkara baik yang dilakukan oleh pemimpin kita. 

70. Proletar - Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.

Comments

Popular posts from this blog

120 Soalan Latihan Pola Ayat

Peribahasa

Jawapan Soalan Peribahasa Tingkatan 5