Latihan Pengetahuan Dan Kemahiran Bahasa

Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Sembilan 2017

a) (i) melawat - merawat

Saya baru sahaja melawat Aminah yang terlantar di hospital akibat kemalangan yang                            dihadapinya pada minggu lepas.

Kak Lina sedang sibuk merawat murid-murid yang cedera sewaktu aktiviti merentas                            desa di sekolah itu.

(ii) mengewap - menguap

Air di dalam belanga yang ditinggalkan di luar rumah itu telah mengewap akibat daripada                   cuaca yang panas dan terik.
         
Adik menguap setelah satu jam menemani bapa menghadiri mesyuarat agung hal ehwal murid             sekolahnya itu.

(iii) mengelar - menyelar

Seorang lelaki berumur 38 tahun telah mengelar isterinya sehingga mati akibat daripada sifat              panas barannya yang tiba-tiba muncul.
          
Anak bongsu Ustaz Idham yang masih kecil itu suka menyelar anak-anak gadis perempuan                  yang berpakaian ketat di kampung itu. 

b) (i) 

Kami telah laksanakan tugas mengemaskinikan maklumat carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu pada petang semalam.

(ii)

Kami sangat memerlukan bimbingan awak untuk memastikan kertas kerja yang disediakan menepati format yang dikehendaki. 

(iii)

Kementarian Pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan kualiti pendidikan di Negara ini.

c) (i)

Penulis mengabadikan kisah hidup beliau sebagai negarawan dalam sebuah biografi.

(ii)

Kualiti turapan jalan raya itu tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya. 

(iii)

Beberapa orang penjawat awam yang berprofil tinggi dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terlibat dalam penyalahgunaan kuasa. 

d) (i)

Kewujudan media sosial telah mencetuskan fenomena perang perspeksi dalam kalangan masyarakat masa ini.

(ii)

Senaman yang konsisten dengan teknik yang betul akan dapat mengatasi masalah hipotensi dan diabetes.

(iii) 

Halia, pegaga dan serai adalah antara herba yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

     

Comments

Popular posts from this blog

120 Soalan Latihan Pola Ayat

Peribahasa

Jawapan Soalan Peribahasa Tingkatan 5