Laporan iFSC 2018


Laporan Program ‘International Future Scientists Conference 2018’ di Kolej PERMATApintar Negara

          Pada 17 hingga 19 Julai yang lalu, satu program konferensi berasaskan sains telah diadakan di Kolej PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Program ini melibatkan pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara dan beberapa buah sekolah jemputan di seluruh Malaysia. Senarai sekolah yang terlibat ialah :

1) Nilgata Prefectural Shibata High School
2) Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru
3) MRSM Pengkalan Chepa
4) MRSM Tun Dr. Ismail
5) Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
6) St. John’s Institution
7) Asasi Pintar UKM

           Program ‘International Future Scientists Conference (iFSC)’ ini merupakan sebuah program yang berasaskan konsep ‘Science, Technology, Engineering, Arts & Mathematics’ (STEAM). Para peserta dikehendaki untuk membentangkan hasil kajian dalam aspek STEAM ini. Program yang membawa tema ‘Empowering Young Reseachers’ ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut dengan tiga bahagian. Majlis perasmian pada hari pertama, sesi pembentangan pada hari kedua dimana pelajar dikehendaki untuk mempersembahkan hasil kajian kepada para hakim, guru-guru dan pelajar lain, serta majlis penutup pada hari ketiga.

Pada 17 Julai, majlis pendaftaran dan majlis perasmian telah diadakan di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Setelah pendaftaran, semua pelajar Kolej PERMATApintar dan para peserta berkumpul di Auditorium bagi majlis perasmian. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita beserta ucapan aluan daripada tetamu kehormat. Persembahan orkestra mini yang mengalunkan lagu Getaran Jiwa dan Engkau Laksana Bulan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah dipersembahkan oleh pelajar Kolej PERMATApintar sebagai ucapan selamat datang. iFSC 2018 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa.

Pada 18 Julai, penilaian pembentangan terhadap kajian-kajian peserta telah dimulakan. Tetamu kehormat akan menilai pembentangan dan kajian yang telah dilakukan oleh para peserta. Manakala pada sebelah petang pula, sebuah bengkel yang bertajuk …. yang disampaikan oleh …. telah diadakan. Berikut merupakan tajuk-tajuk kajian yang telah dibentangkan,

1) Relationships between Growth of Plants and Sound
2) Artificial Production of Patina
3) Establishing New Rules for Tower of Hanoi
4) An Improvised Hair Dryer: Veto-D-Hair
5) Maintaining Optimum Soil Moisture Using Programmed Aduino Moisture Sensor
6) Bioasphalt is Suitable for Architecture Field
7) Ecze Cure: The Inflammation Abolition Swiftly
8) Fever Monitoring Device
9) Spectroscopic Characterization and Properties of Synthesized Benzothiophene Endcapped Thiophere Core Based X-Shaped Molecule
10) Screening for Bacteria in Jeram Sanitary Landfill Waste with Organic PET Degradation Properties
11) Barium Titanite based Flexible Piezoelectric Nanogenerators
12) Proximate Composition and Antioxidant Properties of Sargassum Found in the Waters of Sabah, Malaysia
13) The Insecticide Activity of Latex from Hevea Brasiliensis on Metisa Plana
14) Effectiveness of Vitamin as Growth Enhancer on Vigna Radiata
15) Studying the Antimicrobial Effect of Fatty Acids of Malayan Porcupine Quills (Hystrix Brachyura)
16) Estimation of Malaysia’s Peak Ground Acceleration Map via Probabilistic Seismic Hazard Analysis and Richter-Gutenberg Law
17) Comparison of Explicit Hybrid Methods of Order Six for Solving the Spring-Mass Vibration Problem
18) Antimicrobial Activity of Phyllanthus pulcher and Manihot pulcher towards Methicillin Resistant Staphylococcus aureus (MRSA) and Escherichia coli  
19) Antimicrobial Activity of Rhizophora apiculata pyroligneous acid (PARa) towards Methicillin-Resistant Staphylococcus aureus (MRSA) Escerichia coli, and Saccharomyces cerevisae
20) Lithium Air Polymer Battery based on Polysaccharides – Sugar Derivatives
21) Novel Probiotics from Stingless Bee Honey and Its Antimicrobial Potential against Escherichia Coli
22) Design and Formulation of Anti-Cholesterol Product from Phaleria Macrocarpa
23) Study of Brain Domination on Foreign language Acquisition among Gifted Learners
24) The Coastal Pollution and the Awareness of Locals and Visitors towards Legal Protection
25) Sunspots Rotational Speed Measurement during Solar Maximum of Solar Cycle 24
26) The Combined Effect of Citrulline in Citrullus Lanatus and Bromelain in Ananas Comosus on Sport Performance of Athlete
27) Development of Recombinant Plasmid for Genetic Modification of Oil Palm Pathogen Ganoderma Bonisense
28) Study on Assessment of Unattended Child Presence Detection Systems for ASEAN NCAP
29) Production of Mushroom Scaffolding Blocks from Wood Ash and Palm Fronds using Starch As a Binder
30) Permeable Pavement Water Collection System for Genereal Uses of Non-potable Water

          Pada 19 Julai, sebuah bengkel yang bertempat di Auditorium bertajuk ‘The Process of Research’ oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak telah diadakan pada sebelah pagi. Majlis Penutupan iFSC 2018 dijalankan pada jam 11 pagi. Semua peserta dan pelajar Kolej PERMATApintar berkumpul di Auditorium bagi perlangsungan majlis penutupan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita. Penutupan iFSC 2018 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Muhammad Kassim, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Setelah itu, majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan pemberian hadiah dan penghargaan kepada para peserta. Pelbagai kajian telah menerima pingat gangsa, perak dan emas beserta dengan hadiah kajian terbaik. Beberapa persembahan seperti persembahan tarian 1 Malaysia dan persembahan koir turut dipersembahkan sebaik sebelum tirai majlis ditutup.

          Program iFSC 2018 telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama daripada pelbagai pihak. Majlis ini menerima respon yang positif dan memberangsangkan. iFSC 2018 telah menutup tirainya setelah tiga hari berlangsung, Diharap program seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.


Comments

Popular posts from this blog

120 Soalan Latihan Pola Ayat

Peribahasa

Jawapan Soalan Peribahasa Tingkatan 5